Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Monday 30 April 2012

BINA INSAN GURU 3

BINA INSAN GURU 3

Tarikh : 4 Mac 2012
Tempat : Perkampungan Orang Asli, Kota Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Peserta : 3 PISMP Prasekolah


    LATAR BELAKANG

Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi “ role model ” kepada masyarakat.  Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu mendepani cabaran era globalisasi.

Program ini mengandungi tiga tema iaitu Konsep dan Ciri-ciri Dalam Pembinaan Insan Guru , Pembangunan Insan Guru serta Peranan Dan Tanggungjawab Insan Guru. Keberkesanan program ini dilihat melalui aktiviti seperti perkhemahan, ceramah, forum, diskusi, simulasi, bengkel dan aktiviti fizikal. Program ini dilaksanakan melalui pembelajaran luar bilik darjah dalam bentuk aktiviti khidmat masyarakat.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM KEMASYARAKATAN BINA INSAN GURU


Pengerusi                      : Muhammad Syahril Bin Mat Rosli
Naib Pengerusi            : Nur Asila Binti Abu Sujak
Setiausaha                    : Noor Imani Binti Abdullah
Bendahari                      : Azizah Binti Azizan
Ahli Jawatankuasa
AJK Dokumentasi        : Norhanis Binti Usaizan
                                          : Noor Farhana Binti Mohd Musai
AJK  Pengangkutan    : Safuan Safri Bin Saiful Bahri
                                          : Ainul Syahirah Binti Yusop
AJK Aktiviti                    : Siti Khadijah Binti Shamsuddin
                                          : Norfarahdiana Binti Hassan
                                          : Nur Arrushdah Binti Arifin
AJK Peralatan               : Nur Ayunni Binti Abdullah
                                          : Nor Rosmazieha Binti Mat Nawi @ Nik Sin
                                          : Irasuzura Binti Ibrahim
AJK Makanan                : Siti Raihana Binti Zainal
                                          : Khatijah Binti Abdullah
                                          : Siti Zulaiha Binti Azmi
AJK Hadiah                   : Norfarha Binti Mustapha
                                      



BINA INSAN GURU 2

BINA INSAN GURU 2

Tarikh : 23 Julai 2011
Tempat : Rumah Kasih Harmoni, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Peserta : 2 PISMP Prasekolah dan 2 PISMP Sains


1.0  LATAR BELAKANG
Program Bina Insan Guru (BIG) berkod WAJ 3114 merupakan satu program wajib dilaksanakan oleh guru-guru pelatih semester 2 PISMP.  Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.

JAWATANKUASA INDUK
BINA INSAN GURU (BIG) SESI 2011 /SIRI 2
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,KUALA LUMPUR

PENGERUSI
Mohd Haniff Bin Abdul Rahman (2 PISMP Sains)
NAIB PENGERUSI
Irasuzura Binti Ibrahim (2 PISMP Prasekolah)
SETIAUSAHA
Siti Khadijah Binti Shamsuddin (2 PISMP Prasekolah)
BENDAHARI
Norsyahirah Binti Mohamad Aziz (2 PISMP Sains)


    Pada pukul 8.00 pagi, kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas IPT. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit, kami tiba di perkarangan Rumah Kasih Harmoni pada pukul 9.45 pagi. Kami di jemput dengan meriahnya oleh pengerusi dan penghuni rumah anak yatim di sana. Kami semua bersalam-salaman dengan penghuni-penghuni di sana.
     Pada pukul 10.15 pagi, kami berkumpul di surau Rumah Kasih Harmoni dan menjalankan sesi taaruf ataupun berkenalan bersama-sama. Program Taaruf ini dipengerusikan oleh Safuan Safri b.Saifulbahri dan Mohd Iduan b. Masri. Setelah itu, kami semua memulakan aktiviti bergotong-royong bersama-sama anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan persekitran dan mengecat rumah anak yatim berkenaan.
   Pada hari berkenaan juga satu program bersama Ketua Wanita UMNO Selangor telah diadakan. Oleh itu, kami bersama- sama pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni bekerjasama untuk memasak juadah akan dihidangkan untuk tetamu jemputan dan tetamu lain yang hadir untuk makan tengahari. 
    Kemudian, pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang, kami memulakan aktiviti yang seterusnya bersama penghuni iaitu program motivasi dan mengajar serta membuat eksperimen. Guru pelatih prasekolah menguruskan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun manakala guru pelatih sains mengurus kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas. Guru-guru prasekolah telah mengisi slot pengajaran ini dengan mengajar kanak-kanak membuat origami. 
   Pada pukul 4.30 petang, selesai segala aktiviti motivasi dan pengajaran. Majlis penyampaian cenderahati kepada pengerusi rumah kasih harmoni dijalankan. 
      Pada pukul 4.30 petang, kami bertolak pulang ke Institut Pendidikan Teknik dengan rasa gembira walaupun kepenatan kerana seharian menjalankan aktiviti bersama- sama penghuni rumah anak yatim tersebut.








Thursday 8 March 2012

BINA INSAN GURU 1


BINA INSAN GURU 1


Tarikh   : 8-11 Februari 2011
Tempat  : Kem Raudhah, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.
Peserta  : 1 PISMP Prasekolah, TESL1, TESL 2 dan Matematik 2


LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
Program BIG ini adalah diwajibkan bagi kesemua bakal-bakal guru dari semester 1 Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) hingga semester 6 PISMP bagi membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah pendidikan Guru (FPG).
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah :



Tiba di Jet Lumut, bergambar bersama mentor Pn. Thank 

Friday 17 February 2012

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH PERMATA HATI 2011


LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Aktiviti                 : Sambutan Hari Konvokesyen
Tarikh                 : 14 Oktober 2011
Masa                   : 8.00-10.00pagi
PENGENALAN
Sambutan Hari Konvokesyen Prasekolah merupakan salah aktiviti tahunan yang wajib dilaksanankan bagi setiap prasekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak setelah menamatkan alam prasekolah, dapat memupuk sikap yakin dan berani pada diri kanak-kanak serta dapat mewujudkan perkongsian pengetahuan, pengalaman terhadap perkembangan dan kemahiran kanak-kanak antara ibu bapa dan guru. Sambutan Hari Konvokensyen ini juga telah diadakan sempena Sambutan Hari Ilmu Pendidikan.
OBJEKTIF
1        Menyampaikan sijil tamat prasekolah kepada kanak-kanak prasekolah IPG Kampus  Pendidikan Teknik.
Mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak prasekolah.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak.
PENGLIBATAN/KEHADIRAN
Program ini telah dikendalikan oleh Ketua Unit Prasekolah iaitu Pn. Noorizan bt Baba dan guru prasekolah iaitu Pn. Zariah bt Yaacob. Selain itu, seramai 18 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah Ambilan Januari 2011 telah turut sama menjayakan program ini. Program ini telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, para pensyarah dan ibu bapa dan guru pelatih semester 8.
    KANDUNGAN 
            Juruacara majlis ini ialah saudara Safuan Safri dan saudari Noor Farhana daripada 2 PISMP Prasekolah. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi. Semua hadirin dan para jemputan telah mengambil tempat dan nyanyian lagu Negaraku dimainkan. Setelah tamat menyanyikan lagu, bacaan doa  telah disampaikan oleh saudara Amirol Hafizi. 
              Kira-kira pada pukul 8.15 pagi, para tetamu jemputan dan ibu bapa telah dipersembahkan dengan persembahan pertama iaitu Action Song “ Going To The Zoo ”. Setelah tamat persembahan pertama, mereka telah dipertontonkan dengan tayangan gambar aktiviti kanak-kanak prasekolah sepanjang tahun 2011. Antara gambar aktiviti-aktiviti yang ditayangkan ialah ialah Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Lahir, Pertandingan Mewarna, Lawatan ke Zoo Negara dan aktiviti-aktiviti kelas. 
           Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan Teater Muzikal Kanak-kanak yang bertajuk “ Pengembaraan Puteri Chaca ”. Teater ini mengisahkan pengembaraan seorang puteri bersama-sama dengan rakan untuk mendapatkan permata bagi menyelamatkan tujuh keturunannya. Teater ini telah melibatkan kesemua kanak-kanak prasekolah. Watak utama teater ini telah dilakonkan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun. Antaranya pemegang watak utama ialah Nurfitrah, Amirul Aiman dan Darwisy. 
             Setelah tamatnya teater tersebut, satu ucapan penghargaan telah disampaikan oleh seorang kanak-kanak prasekolah iaitu Nuralya Sabreena bt Zamri. Kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Pengarah iaitu Dr. Muhammad bin Abdul Rahman. 
                Kira-kira pada pukul 9.15 pagi, bermulalah acara penganugerahan sijil kepada semua kanak-kanak prasekolah serta penganugerahan khas. Anugerah Khas telah diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam sesuatu bidang ataupun subjek. Antara penerima Anugerah Khas ialah Iman Haziq Farish ( Bahasa Inggeris ), Dania Nur Iman ( Matematik ), Nurfitrah ( Bahasa Melayu ), Muhammad Amirul Aiman ( Pend. Fizikal ), Al-Darwisy ( Kerohanian ) dan Nuralya Sabreena ( Kreativiti dan Estetika ). Anugerah Khas Cemerlang Keseluruhan telah diberikan kepada Nurfitrah.
       Kemudian penyampaian cenderahati kepada Tuan Pengarah. Majlis telah diakhiri dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kanak-kanak prasekolah yang bertajuk “Jalinan”. Majlis bersurai pada jam 10.15 pagi.
PENUTUP
Sambutan Hari Konvokesyen prasekolah merupakan sambutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap prasekolah supaya kanak-kanak dapat diberikan pengiktirafan terhadap segala hasil kerja dan pencapaian yang telah mereka kecapi sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah rendah.

Pengacara Majlis iaitu Safuan dan Nur Ayunni bergambar bersama dengan Puan Noorizan dan Dr Hayati




Antara pensyarah-pensyarah yang turut hadir ke Majlis Konvokesyen Prasekolah 2011

Kanak-kanak prasekolah bergambar kenangan bersama ibu bapa dan guru prasekolah
1.       
 


Thursday 16 February 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Aktiviti                : Lawatan Sambil Belajar  
Tempat              : Zoo Negara, Kuala Lumpur.
Tarikh                 : 5 Mei 2011
Masa                   : 8.00 – 1.30 tgh
PENGENALAN
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti tahunan Prasekolah Permata Hati, Ipgm Kampus Pendidikan Teknik. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman semula jadi kepada kanak-kanak prasekolah terhadap hidupan haiwan yang sebenar .

BENCHMARKING UPSI



Sesi pengenalan dan perbincangan bersama warga kerja Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
      Kunjungan kami ke Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merupakan kunjungan sulung kami pada tahun 2011 sempena program Benchmarking. Tujuan kami melaksanakan program ini adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak serta berkongsi idea dan pendapat mengenai sistem-sistem pengurusan dan pentadbiran. Ketibaan kami di sana disambut baik oleh warga Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

selamat datang