Pages

Ads 468x60px

Friday 17 February 2012

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH PERMATA HATI 2011


LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Aktiviti                 : Sambutan Hari Konvokesyen
Tarikh                 : 14 Oktober 2011
Masa                   : 8.00-10.00pagi
PENGENALAN
Sambutan Hari Konvokesyen Prasekolah merupakan salah aktiviti tahunan yang wajib dilaksanankan bagi setiap prasekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak setelah menamatkan alam prasekolah, dapat memupuk sikap yakin dan berani pada diri kanak-kanak serta dapat mewujudkan perkongsian pengetahuan, pengalaman terhadap perkembangan dan kemahiran kanak-kanak antara ibu bapa dan guru. Sambutan Hari Konvokensyen ini juga telah diadakan sempena Sambutan Hari Ilmu Pendidikan.
OBJEKTIF
1        Menyampaikan sijil tamat prasekolah kepada kanak-kanak prasekolah IPG Kampus  Pendidikan Teknik.
Mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak prasekolah.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak.
PENGLIBATAN/KEHADIRAN
Program ini telah dikendalikan oleh Ketua Unit Prasekolah iaitu Pn. Noorizan bt Baba dan guru prasekolah iaitu Pn. Zariah bt Yaacob. Selain itu, seramai 18 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah Ambilan Januari 2011 telah turut sama menjayakan program ini. Program ini telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, para pensyarah dan ibu bapa dan guru pelatih semester 8.
    KANDUNGAN 
            Juruacara majlis ini ialah saudara Safuan Safri dan saudari Noor Farhana daripada 2 PISMP Prasekolah. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi. Semua hadirin dan para jemputan telah mengambil tempat dan nyanyian lagu Negaraku dimainkan. Setelah tamat menyanyikan lagu, bacaan doa  telah disampaikan oleh saudara Amirol Hafizi. 
              Kira-kira pada pukul 8.15 pagi, para tetamu jemputan dan ibu bapa telah dipersembahkan dengan persembahan pertama iaitu Action Song “ Going To The Zoo ”. Setelah tamat persembahan pertama, mereka telah dipertontonkan dengan tayangan gambar aktiviti kanak-kanak prasekolah sepanjang tahun 2011. Antara gambar aktiviti-aktiviti yang ditayangkan ialah ialah Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Lahir, Pertandingan Mewarna, Lawatan ke Zoo Negara dan aktiviti-aktiviti kelas. 
           Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan Teater Muzikal Kanak-kanak yang bertajuk “ Pengembaraan Puteri Chaca ”. Teater ini mengisahkan pengembaraan seorang puteri bersama-sama dengan rakan untuk mendapatkan permata bagi menyelamatkan tujuh keturunannya. Teater ini telah melibatkan kesemua kanak-kanak prasekolah. Watak utama teater ini telah dilakonkan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun. Antaranya pemegang watak utama ialah Nurfitrah, Amirul Aiman dan Darwisy. 
             Setelah tamatnya teater tersebut, satu ucapan penghargaan telah disampaikan oleh seorang kanak-kanak prasekolah iaitu Nuralya Sabreena bt Zamri. Kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Pengarah iaitu Dr. Muhammad bin Abdul Rahman. 
                Kira-kira pada pukul 9.15 pagi, bermulalah acara penganugerahan sijil kepada semua kanak-kanak prasekolah serta penganugerahan khas. Anugerah Khas telah diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam sesuatu bidang ataupun subjek. Antara penerima Anugerah Khas ialah Iman Haziq Farish ( Bahasa Inggeris ), Dania Nur Iman ( Matematik ), Nurfitrah ( Bahasa Melayu ), Muhammad Amirul Aiman ( Pend. Fizikal ), Al-Darwisy ( Kerohanian ) dan Nuralya Sabreena ( Kreativiti dan Estetika ). Anugerah Khas Cemerlang Keseluruhan telah diberikan kepada Nurfitrah.
       Kemudian penyampaian cenderahati kepada Tuan Pengarah. Majlis telah diakhiri dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kanak-kanak prasekolah yang bertajuk “Jalinan”. Majlis bersurai pada jam 10.15 pagi.
PENUTUP
Sambutan Hari Konvokesyen prasekolah merupakan sambutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap prasekolah supaya kanak-kanak dapat diberikan pengiktirafan terhadap segala hasil kerja dan pencapaian yang telah mereka kecapi sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah rendah.

Pengacara Majlis iaitu Safuan dan Nur Ayunni bergambar bersama dengan Puan Noorizan dan Dr Hayati




Antara pensyarah-pensyarah yang turut hadir ke Majlis Konvokesyen Prasekolah 2011

Kanak-kanak prasekolah bergambar kenangan bersama ibu bapa dan guru prasekolah
1.       
 


Thursday 16 February 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Aktiviti                : Lawatan Sambil Belajar  
Tempat              : Zoo Negara, Kuala Lumpur.
Tarikh                 : 5 Mei 2011
Masa                   : 8.00 – 1.30 tgh
PENGENALAN
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti tahunan Prasekolah Permata Hati, Ipgm Kampus Pendidikan Teknik. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman semula jadi kepada kanak-kanak prasekolah terhadap hidupan haiwan yang sebenar .

BENCHMARKING UPSI



Sesi pengenalan dan perbincangan bersama warga kerja Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
      Kunjungan kami ke Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merupakan kunjungan sulung kami pada tahun 2011 sempena program Benchmarking. Tujuan kami melaksanakan program ini adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak serta berkongsi idea dan pendapat mengenai sistem-sistem pengurusan dan pentadbiran. Ketibaan kami di sana disambut baik oleh warga Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

selamat datang