BINA INSAN GURU 1
Tarikh : 8-11 Februari 2011
Tempat : Kem Raudhah, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.
Peserta : 1 PISMP Prasekolah, TESL1, TESL 2 dan Matematik 2
LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Bina Insan Guru
(BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan
Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu
mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga
mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang
begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam
proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta
etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat
negara.
Program BIG ini adalah
diwajibkan bagi kesemua bakal-bakal guru dari semester 1 Program Ijazah Sarjana
Perguruan (PISMP) hingga semester 6 PISMP bagi membentuk, memupuk dan
melahirkan insan guru yang berkualiti yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah pendidikan Guru (FPG).
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah :
Tiba di Jet Lumut, bergambar bersama mentor Pn. Thank |