Pages

Ads 468x60px

Thursday 16 February 2012

BENCHMARKING UPSI



Sesi pengenalan dan perbincangan bersama warga kerja Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
      Kunjungan kami ke Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merupakan kunjungan sulung kami pada tahun 2011 sempena program Benchmarking. Tujuan kami melaksanakan program ini adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak serta berkongsi idea dan pendapat mengenai sistem-sistem pengurusan dan pentadbiran. Ketibaan kami di sana disambut baik oleh warga Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Antara peserta-peserta yang mengikuti program ini ialah pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan serta semua guru pelatih Prasekolah Ambilan Januari 2011 iaitu seramai 18 orang. Kami tiba di UPSI pada pukul 9.00 pagi dengan menggunakan bas yang telah disediakan oleh pihak IPG KPT. Sepanjang waktu berada di sana kami telah diberi peluang bukan sahaja untuk bertanya soalan-soalan dan berkongsi idea malah kami juga telah dibawa oleh warga Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia melawat di kawasan sekitar iaitu prasekolah, pusat asuhan kanak-kanak, bilik tarian, bilik komputer dan sebagainya.  Kami bertolak pulang ke IPG KPT kira-kira pada pukul 4.30 petang. 

      Secara Kesimpulannya, program sebegini mampu memberikan pendedahan awal kepada kami sebagai guru pelatih yang bakal bergelar pendidik kelak serta mampu menyediakan diri kami dengan segala pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang penting.

Suasana di salah satu bahagian di Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak


Sebahagian hasil kerja murid





Bergambar kenangan di UPSI



Puan Norsita menerima cenderahati sebagai tanda terima kasih dari pihak UPSI

Dr Mahani menerima cenderahati daripada pihak IPG Kampus Pendidikan Teknik


0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

selamat datang