Pages

Ads 468x60px

Thursday 16 February 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Aktiviti                : Lawatan Sambil Belajar  
Tempat              : Zoo Negara, Kuala Lumpur.
Tarikh                 : 5 Mei 2011
Masa                   : 8.00 – 1.30 tgh
PENGENALAN
Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti tahunan Prasekolah Permata Hati, Ipgm Kampus Pendidikan Teknik. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman semula jadi kepada kanak-kanak prasekolah terhadap hidupan haiwan yang sebenar .


OBJEKTIF
1    Memberikan pendedahan semula jadi kepada kanak-kanak tentang hidupan 
     Mengembangkan pengalaman sedia ada kanak-kanak tentang flaura dan         fauna.
    Memupuk sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak prasekolah tentang flaura   dan fauna.

PENGLIBATAN/KEHADIRAN
Program ini telah dikendalikan oleh Guru prasekolah Pn. Zariah bt Yaacob. Turut serta Pn. Norsita bt Ali Ketua Unit Prasekolah dan Dr. Hayati bt Ismail. Selain itu, seramai 24 orang kanak-kanak prasekolah serta 18 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah Ambilan Januari 2011 telah turut sama menjayakan program ini.  

KANDUNGAN
1.       Pada pukul 8.00 pagi, kanak-kanak bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum bertolak ke Zoo Negara. Kanak-kanak tersebut telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. dan setiap kanak-kanak akan dijaga oleh kakak angkat serta abang angkat masing-masing. Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan ketika tiba dan berada di Zoo Negara nanti di samping, mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
2.       Kira-kira pukul 8.30 pagi, kami menaiki bas IPGM Kampus Pendidikan Teknik untuk bertolak ke Zoo Negara. Suasana gembira menyelubungi, ketika kanak-kanak berada di dalam bas kerana mereka tidak  sabar untuk sampai ke sana.
3.       Pada pukul 9.30 pagi kami tiba di Zoo Negara. Setibanya di sana kami telah membentuk kembali kumpulan sebagaimana yang dirancang sebelum ini. Contohnya, kanak-kanak beratur mengikut kumpulan  masing-masing.
4.       Sepanjang perjalanan banyak tempat hidupan yang telah dilawati. Antaranya ialah tempat pelbagai spesies haiwan seperti  amphibia, burung, reptilia,mamalia dan ikan.  
5.       Pada pukul 11.00 pagi, kami semua telah disajikan dengan persembahan  anjing laut. Anjing laut itu dikenali sebagai Bobo. Kanak-kanak prasekolah kelihatan terpegun dengan gelagat anjing laut tersebut.
6.       Kira-kira pada pukul 12.00 tengahari, kami telah makan tengahari bersama-sama. Walaupun penat kerana seharian menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Zoo Negara namun, raut wajah riang kanak-kanak prasekolah kelihatan terpancar. Sebelum bertolak pulang kami telah mengadakan sesi penggambaran di sekitar pintu hadapan Zoo Negara untuk dijadikan sebagai kenangan.
7.       Pada pukul 1.30 kami telah berkumpul dan bertolak pulang ke IPGM KPT. Kira-kira pukul 2.15 petang kami tiba kampus. 
     PENUTUP 
Aktiviti lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti luar yang perlu dilaksanakan oleh prasekolah sebagai aktiviti tahunan agar dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pendedahan terhadap dunia luar. Di samping itu, dapat menambahkan ilmu pengetahuan kanak-kanak serta dapat memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi, sosial dan intelek. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Pintu masuk Zoo Negara

      

Bergambar bersama kanak-kanak Prasekolah Permata Hati


 Bergambar bersama dengan pensyarah pembimbing dan kanak-kanak serta guru  prasekolah sebelum bertolak pulang.

















0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

selamat datang