Pages

Ads 468x60px

Monday 30 April 2012

BINA INSAN GURU 2

BINA INSAN GURU 2

Tarikh : 23 Julai 2011
Tempat : Rumah Kasih Harmoni, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Peserta : 2 PISMP Prasekolah dan 2 PISMP Sains


1.0  LATAR BELAKANG
Program Bina Insan Guru (BIG) berkod WAJ 3114 merupakan satu program wajib dilaksanakan oleh guru-guru pelatih semester 2 PISMP.  Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.

JAWATANKUASA INDUK
BINA INSAN GURU (BIG) SESI 2011 /SIRI 2
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,KUALA LUMPUR

PENGERUSI
Mohd Haniff Bin Abdul Rahman (2 PISMP Sains)
NAIB PENGERUSI
Irasuzura Binti Ibrahim (2 PISMP Prasekolah)
SETIAUSAHA
Siti Khadijah Binti Shamsuddin (2 PISMP Prasekolah)
BENDAHARI
Norsyahirah Binti Mohamad Aziz (2 PISMP Sains)


    Pada pukul 8.00 pagi, kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas IPT. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit, kami tiba di perkarangan Rumah Kasih Harmoni pada pukul 9.45 pagi. Kami di jemput dengan meriahnya oleh pengerusi dan penghuni rumah anak yatim di sana. Kami semua bersalam-salaman dengan penghuni-penghuni di sana.
     Pada pukul 10.15 pagi, kami berkumpul di surau Rumah Kasih Harmoni dan menjalankan sesi taaruf ataupun berkenalan bersama-sama. Program Taaruf ini dipengerusikan oleh Safuan Safri b.Saifulbahri dan Mohd Iduan b. Masri. Setelah itu, kami semua memulakan aktiviti bergotong-royong bersama-sama anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan persekitran dan mengecat rumah anak yatim berkenaan.
   Pada hari berkenaan juga satu program bersama Ketua Wanita UMNO Selangor telah diadakan. Oleh itu, kami bersama- sama pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni bekerjasama untuk memasak juadah akan dihidangkan untuk tetamu jemputan dan tetamu lain yang hadir untuk makan tengahari. 
    Kemudian, pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang, kami memulakan aktiviti yang seterusnya bersama penghuni iaitu program motivasi dan mengajar serta membuat eksperimen. Guru pelatih prasekolah menguruskan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun manakala guru pelatih sains mengurus kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas. Guru-guru prasekolah telah mengisi slot pengajaran ini dengan mengajar kanak-kanak membuat origami. 
   Pada pukul 4.30 petang, selesai segala aktiviti motivasi dan pengajaran. Majlis penyampaian cenderahati kepada pengerusi rumah kasih harmoni dijalankan. 
      Pada pukul 4.30 petang, kami bertolak pulang ke Institut Pendidikan Teknik dengan rasa gembira walaupun kepenatan kerana seharian menjalankan aktiviti bersama- sama penghuni rumah anak yatim tersebut.








0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

selamat datang